Sunday, July 27, 2014

Kalau Dah Jodoh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Kalau ada jodoh tak kemana. Allah dah tentukan jodoh kita semua dan segalanya telah tertulis. Doa dan usaha juga adalah salah satu untuk kita kenal siapa jodoh kita. Adakah saya ingin mendirikan rumah tangga seperti anda? jawapanya semestinya adalah YA. Dengan berkahwin juga kita telah membuka salah satu lagi pintu rezeki kita.

Siapa JODOH aku sebenarnya? dia sentiasa ada cuma kita kena kenal siapa gerangan orang itu sebenarnya. Hidup tidak selalunya indah,kadang-kadang yang bercinta sebelum berkahwin tidak semestinya berkahwin,itu semua terletak pada takdir sesorang itu.

Ianya bermula dengan hati kita,kasih sayang,kebahgiaan,kejujuran dan yang paling penting KESETIAAN. Tanpa Kesetiaan nescaya hubungan kita pasti hancur berkecai. Saling memahami juga salah satu faktornya.

Cukup lah setakat ini aku merapu. Siapa nak tanya aku kahwin bila? aku akan jawab insha Allah akan tiba masanya nanti. :-)

#Pray4GAZA #Pray4MH370 #Pray4MH17

No comments: