Sunday, July 27, 2014

Selamat Hari Raya 2014 (Bangkit Dari Tidur)

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Lama rasanya tai update blog ni. Akhirnya ada juga kesempatan untuk mengupdate semula blog ni. Raya da dekat lagi beberapa hari sahaja lagi. Pelbagai isu yang telah kita lalui dinegara kita Malaysia yang terbaru ni adalah pesawat terhempas #mh17, takziah dan al-fatihah kepada yang telah pergi. Selain itu juga kehilangan misteri dunia sampai ke hari ini pesawat #mh370 masih belum ditemui. Rasa sedih hati ini juga atas kehilangan pesawat tersebut kerana ada kawan yang dikenali berada dalam pesawat tersebut. Hidup mesti diteruskan walaupun apa yang terjadi.

Kita masuk pula serangan ke atas Palestine, kita di Malaysia sedang seronok bergembira disini sedangkan di negara Palestine sedang berperang. Mari sama-sama kita menyokong agar balasan yang setimpal ke atas negara zionis laknatullah yang menyerang palestine tanpa berhati perut. Jika kita tiada disana sekalipun cara kita adalah dgn membantu dari segi menderma agar mereka di Palestine dapat merasakan kemudahan dari segi makanan dan tempat tinggal. Insha Allah.

#Pray4Gaza #Pray4MH370 #Pray4MH17 

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRTRI MAAF ZAHIR & BATIN 

*andai ada kesalahan dalam erti kata dari segi perkataan,penulisan dan apa sahaja kita kosong-kosong ye. :-)

#KOSONGKOSONG #Raya2014

No comments: